Archive for January, 2008

Di manakah bukti cintamu padaNya?..

kau katakan dirimu cinta padaNya..
walhal kau sendiri ragu-ragu sebenarnya..

hanya kerna cintamu pada dunia..
harta benda..
wanita..
remaja..
segalanya..
kau sanggup berdusta..

kau lupa Dia mengetahui segala-galanya..
kau berpura-pura di atas dunia..
sedangkan dunia ini Dia yang punya..

kau kata dirimu cintakanNya..
tapi suratNya kau buat buat hiasan sahaja..
membacanya sahaja, sudah susah kau kata..
lagikan memahaminya..

tapi pelik tidak kau rasa..
kau bertegas mengatakan kau cintakanNya..
surat cintaNya kau buat tak endah sahaja..
apakah kekasih tidak teruja dengan surat Kekasihnya?..
adakah kekasih yang menunda memahami surat Kekasihnya?..
apakah masih kekasih namanya?..

atau kau sudah tidak cinta padaNya?..

na’uzubillahi min zalik..

Leave a Comment

Mungkin kita terlepas pandang..

tentu kalian juga melihatnya..
kerana ianya terlalu banyak di depan mata..
dan tentu juga kalian tertanya..
mengapa begitu jadinya..

melati layu terkenang kisah lama..
menghadiahkan kenangan kepada si kumbang dia..
walhal si kumbang sudah jumpa pada mawarnya..
namun kerna hadiah di sisinya..
teringat kumbang akan kuntuman melati lama..
tatkala menghargai nostalgia..
bukan hadiah lagi yang menjadi harganya..
tetapi pemberi hadiahlah segala-galanya..
mengimbau saat bersama..
mengenang kasih dia kepadanya..
inilah lumrah dunia..
dunia yang sementara..

cuma hairan aku melihatnya..
dan ku pasti, kalian juga terasa..

itu hanyalah kisah cinta..
si kumbang dan melatinya..
yang telah bertemukan mawarnya..
sedangkan kita ini yang sempurna..
terlupakah kita pada semua hadiahNya?..
terlepas pandangkah kita akan diri kita?..
atau kita terlupa bagaimana kita menghirup udara?..
owh, bukan.. kita terlupa udara itu percuma rupanya..
atau mungkin kita terlampau leka..
lupa segalanya..
lupa tanpa udara kita entah di mana..

itu hanya baru udara..
belum ku cerita yang lainnya..
apakah telah kita fikirkan segalanya?..
mulut, tangan, kaki, telinga..
itu hanyalah baru apa yang ada dengan kita..
banyak lagi di luar sana..
ibu bapa, sahabat, sanak saudara..
ini pun baru ku khabarkan mengenai manusia..
belum ku ingatkan tentang haiwan dan sekitarnya..

bukankah ini lebih berharga..
daripada hadiah melati kepada kumbangnya..
mahal mana sekalipun hadiahnya..
tidak terlawan harga ni’matNya kepada kita..
apalah yang ada pada surat-surat cinta manusia..
berapalah nilai jam, anak patung dan sebagainya..
semuanya mungkin sahaja lakonan semata-mata..
tetapi hadiah yang telah kita terima sejak dari mula..
semuanya kita lupa..

sekarang dirimu katakan pada diriku..
pelik juga ya..
sudah tentu jangkal begitu..
sepertinya kau juga mengiyakan pendapatku..
dan aku pasti kalian juga begitu..

bukan aku sangkal naluri cinta manusia..
tapi aku mengajak untuk kenang Pemberi cinta..
bukan aku tolak cinta manusia..
tapi aku menyeru untuk ingat semula Pencipta cinta..
bukan aku buang fitrah cinta manusia..
tapi aku menarik perhatian untuk cinta kepada Pemberi cinta

apakah hadiah yang kau puja?..
atau pemberinya yang kau cinta?..

si kumbang itu hanyalah hadiah semata-mata..
malahan bukar sekadar melati dan mawar..
segala jenis bunga di dunia..
semuanya hadiah dariNya juga..
andai kata hadiah yang lebih kita tergila-gila..
aku kira..
Dia juga boleh hilang cintaNya pada kita..

na’uzubillahi min zalik..

Leave a Comment

Rayuan nurani..

Leave a Comment

Kemenangan sementara..

hakikat permusuhan ini pasti..
cuma keputusannya yang berbelah bagi..
perjuangan ini..
tercipta kerana pemisahan hakiki..

antara nafsu dan wahyu..
antara maksiat dan taat..
antara gelap dan cahaya..
antara syurga dan neraka..

tatkala ku menyambut kejayaan..
mengalirlah air mata ketakutan..
menjadi lambang kemenangan..
memadamkan api yang menjulang..
mengairi jiwa yang gersang..

namun menjadi persoalan..
adakah ia kemenangan yang berkekalan?..

Leave a Comment

Persoalan lama..

aku sendiri kebingungan..
apakah ini ketenangan?..
atau dulu itu kesenangan?..
sebelum lena ku termenung sendirian..
sungguh.. inilah ketenangan..
walaupun dahulunya kesenangan..
biarpun kini aku kesusahan..
namun di hati ku ada ketenangan..
bila ku sedar hakikat kebenaran..
rupanya inilah kebahagian..
inilah kedamaian..
yang ku cari selama ini hanyalah mainan..
benar ianya kesenangan..
tapi hanyalah satu permainan..
zahirnya berada dalam kemewahan..
tapi batinnya hidup tidak ada arah tujuan..
setelah mengenal erti kehidupan..
tersentak aku tentang hakikat kehidupan..
betapa jauh aku telah dipesongkan..
hidup bertahun-tahun dalam kelalaian..
tidak cukup lafaz syukur yang mampu ku ucapkan..
kerana ni’mat kefahaman..
bukan untuk semua insan..
hanya yang terpilih telah dianugerahkan..
moga aku terus dikekalkan..
dalam ketenangan..
dalam kebahagian..
dalam perjuangan..
ke arah kejayaan..
ke arah kemenangan..
menuju syurga idaman..

amin..

Comments (4)

Di pondok kecil..

Leave a Comment

Kesenangan telah melupakanku pada saudaraku..

 -dipetik dari laman web Aman Palestin dari artikel bertajuk Isu Palestin: Bukan Sekadar Isu Kemanusian -

Isu Palestin: Bukan Sekadar Isu Kemanusian 

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan Laut Mediterranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan di antara Asia dan Afrika. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan.

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam peradaban tamadun manusia. Namun ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati setiap individu muslim sejak zaman-berzaman. Keistimewaan Palestin menurut Al-Quran dan Sunnah kepada ummat islam adalah seperti berikut :-

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Merah saga..

Leave a Comment

Syeikh Ahmad Yasin..

Kala fajar, hendak berpendar
Mentari pun belum bersinar
Sebongkah dendam membara
Memburu sang hamba nan bersahaja

Raganya, tak seperti kita
Namun semangatnya menembus semesta
Dari kerusi roda, menggoncang dunia
Untuk kemerdekaan Palestina

Darah membuncah, menyirami bumi
Tubuhnya terhempas tercabik
Namun dia hidup di sisi Ilahi
Dalam ni’mat abadi

Selamat jalan hai mujahid
Do’a kami mengiringi
Dengan jiwa nan tentram suci
Kepada Allah kembali

Kala fajar, hendak berpendar
Mentari pun belum bersinar
Sebongkah dendam membara
Memburu sang hamba nan bersahaja

Raganya tak seperti kita
Namun smangatnya menembus semesta
Dari kursi roda, mengguncang dunia
Untuk kemerdekaan Palestina

Darah membuncah, menyirami bumi
Tubuhnya terhempas tercabik
Namun dia hidup di sisi Ilahi
Dalam ni’mat abadi

Selamat jalan hai mujahid
Do’a kami mengiringi
Dengan jiwa nan tentram suci
Kepada Allah kembali

Selamat jalan hai mujahid
Do’a kami mengiringi
Dengan jiwa nan tentram suci
Kepada Allah kembali
Kepada Allah kembali

Syeikh Ahmad Yasin
 

Leave a Comment

Rintihan seorang mujahid agung..

 

- dipetik dari blog Muhammad Amin Bin Hj Che Hassan al-Kalantani dalam entri bertajuk Rintihan Allahyarham Ahs-syahid Syeikh Ahmad Yasin -

as-syahid-syeikh-ahmad-yasin.jpg

Bismillahirrahmanirrahim

Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata:

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

سنخوض.. Sanakhudu..

Leave a Comment

Epilog seorang pejuang..

Tika senja melabuh layarnya,
Kicauan burung sayup kedengaran,
Terpaku diri mengimbau semula,
Erti sebuah perjuangan..

Arus hidup yang penuh kepalsuan,
Deruan ombak badai kesesatan,
Terdampar diri asing tersisih..

Hakikat hidup bak roda berputar,
Seringkali kita terkeliru,
Oleh dunia yang menipu,
Oh Tuhanku, itulah diriku..

Ku menyedari siapa diri ini,
Mengharap menanti kejayaan di dalam hidup,
Tanpa pengorbanan..

Di kala rembulan mengambang indah,
Cahayanya menerang kegelapan,
Tika itulah ku menangis gundah,
Terkenangkan kesilapan..

Bagaikan musafir kehilangan punca,
Melangkah kaki pasrah dan berserah,
Menyerah diri tawakkal berusaha..

Dan kini ku akur pada hakikat,
Suka dan duka dalam perjuangan,
Perlu ketabahan dan kekuatan,
Keteguhan hati berlandas iman..

Epilog hidup seorang pejuang,
Mengharung mehnah dan ujian,
Berjuanglah dan terus berkorban..

Tika mentari memancar sirna,
Bumi bertuah menyambung usia,
Dalam segala kesuraman untukku terus berjuang..

Leave a Comment

Hal anta ta’rifu rabbak?.. Do you know your God?..

Leave a Comment

Cerpen : akan adakah lagi akh Marwan?..

- diambil daripada blog Muharikah dalam entri bertajuk cerpen : akan adakah lagi akh Marwan? -

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx 

kata-kata dari penulis (Muharikah)..

Salam,

cerpen ini akan lebih difahami oleh orang yang mengikuti tarbiyah. Bagi yang belum, mungkin anda sukar memahami akan maksud cerita ini. Walau apapun saya sudi menjawap segala persoalan jika ada yang mahu bertanya… Btw, cerpen ini idea asal adalah dari seorang ukhti di malaysia, tetapi saya diminta untuk mengindahkan bahasanya..

wasasalam

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Read the rest of this entry »

Comments (9)

Bidadari besi Palestin..

Comments (2)

Older Posts »