Archive for December, 2007

Mujahid dakwah..

kamus sejarah mencatat kisah
seorang pemuda mujahid dakwah
di tengah gelodah arus jahilliah
mujahid dakwah membina toifah
memimpin manusia menuju Allah
membina asas sebuah ummah

langkahnya kemas penuh semangat
akhlaknya lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat
memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
andai terdengar suara sumbang
penuh padat dengan tuduhan

usaha murni suci mulia
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah
menjadi mainan bahan persenda
amalan soleh tradisi anbiya’
terus hidup berkembang semula

satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan Tuhan
tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara

mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yang rosak
dengan pengalaman jihad dan iman
menuju zaman yang lebih gemilang
zaman ummah kali kedua
itulah isyarat Rasul mulia
marilah kita junjung bersama
Islam pasti agung semula

Comments (5)

Muslimah dan gambar..

- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

Salam.

Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar  anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Read the rest of this entry »

Comments (39)

Indah budi pekerti..

- dipetik dari laman web AUSIS (Australasian Tertiary Institutions Alumni Islamic Society) dalam kategori Tazkirah di bawah tajuk Bagusnya Budi Pekerti -

619. Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu adalah sebaik-baik manusia dalam hal budi pekertinya.”

(Muttafaq ‘alaih)

620. Dari Anas r.a. pula, katanya: “Saya tidak pernah memegang suatu sutera tebal ataupun sutera tipis yang rasanya lebih halus daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Saya juga tidak pernah mencium satu bau-bauanpun yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Saya telah melayani Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, maka beliau tidak pernah sama sekali mengucapkan “cis” pada saya, juga tidak pernah bersabda: “Mengapa engkau lakukan itu,” untuk sesuatu yang saya lakukan, atau bersabda: “Alangkah baiknya kalau engkau melakukan begini,” untuk sesuatu yang tidak saya lakukan.”

(Muttafaq ‘alaih)

621. Dari as-Sha’bu bin Jatstsamah r.a., katanya: “Saya pernah memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w. berupa seekor keledai liar, kemudian beliau s.a.w. mengembalikannya pada saya. Setelah beliau melihat kecemasan yang tampak di mukaku, lalu beliau s.a.w. bersabda: “Kita tidak mengembalikannya itu padamu, melainkan karena kita ini sedang melakukan ihram.”

(Muttafaq ‘alaih)

622. Dari an-Nawwas bin Sam’an r.a., katanya: “Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Kebajikan itu ialah baiknya budipekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada – yakni hati – dan engkau tidak suka kalau hal itu diketahui oleh orang banyak.”

(Riwayat Muslim)

623. Dari Abdullah bin Amr bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu bukan seorang yang kotor – baik kata-katanya atau tindakannya – dan tidak pula seorang yang bersengaja hendak berbuat kekotoran – baik kata-kata atau tindakannya.” Beliau s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya termasuk dalam golongan orang-orang yang terpilih di antara engkau semua adalah orang yang terbaik budipekertinya.”

(Muttafaq ‘alaih)

(Dipetik dari Riyadhus Salihin)

- dipetik dari laman web AUSIS (Australasian Tertiary Instituions Alumni Islamic Society) dalam kategori Tazkirah di bawah tajuk Bagusnya Budi Pekerti -

 

Leave a Comment

Sifat mahmudah..

Leave a Comment

Berhikmah dalam teguran..

- dipetik dari blog Kisah Dakwah daripada entri bertajuk Wahai Ustaz Umar… Kelembutan Penyeri Peribadi -

Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata:

“Apabila melakukan teguran, Imam syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi. Beliau akan menegur kesalahan dan menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”

“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”

“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”

“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan. Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”

Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah, maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Jalan mujahadah..

Jalan mujahadah
Menuju mahmudah
Tangganya licin dan berlumut
Basah dan berselut

Langkahnya mesti diatur awal
Gerak dicatur tangkas
Musuhnya tak pernah alpa
Siap siaga menerpa

Sunyi bukannya janji tenang
Hidup tidak mengundang senang
Ujiannya bagai air mengalir
Tiada noktah pengakhir

Masalah datang berulang
Godaan mengimbau di setiap ruang
Dalangnya nafsu yang tak mundur
Syaitan yang tak pernah tidur

Tiada perhentian buat berehat
Bukan di sini melepas penat
Hiburannya tenang hati di dunia
Bahagia hakiki di syurga

Kerana berjuang ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban
Terkorban ertinya menderita
Derita asam garam perjuangan

Leave a Comment

Jangan kecil hati..

sekadar pembangkit semangat buat diriku..

baru beberapa hari di tanah air tercinta.. pelbagai masalah telah terbentang di depan mata.. dari yang kecil dan remeh sehinggalah kepada masalah yang besar.. bertambah sedih apabila direnungkan semula.. pelakunya adalah muslim.. tidak seperti di adelaide.. yang majoritinya adalah orang-orang yang berlainan agama dari kita.. yang mana mereka tidaklah memahami erti akhlaq, feqah, aqidah, sirah atau apa sekalipun.. namun moral mereka jauh lebih tinggi.. pelik.. tapi inilah kenyataannya..

mungkin adelaide telah memberi diri ini satu sudut pandangan yang baru.. kerana.. bukanlah diri ini tidak pernah tinggal di malaysia.. malahan malaysia inilah tanah air tercinta.. tapi mengapa baru hari ini terasa semua ini pelik pada pandangan mata.. mereka di adelaide jauh lebih ramah dan mesra.. walaupun tidak pernah kenal malah berbeza warna kulit.. ditambah lagi dengan perbezaan agama.. namun mereka tetap ramah dan mesra.. andai kata ada yang memerlukan pertolongan, dihulurkannya dengan senang hati bersama senyuman di muka.. sekiranya ditolak, tidak pernah diherdik atau dicaci, tetapi ditolaknya dengan baik.. satu perkara yang hilang di malaysia yang mana, seingat diriku, malaysia ini adalah negara islam.. bukankah islam menganjurkan budi pekerti dan akhlaq mulia?..

Read the rest of this entry »

Comments (4)