kadang termenung termanggu..
masihkah ada cintaNya untukku?..
kerana, orang yang dicintaiNya..
akan diuji olehNya..
tetapi, bila ku lihat diriku sendiri..
tercari aku, di manakah waktu dan tempat diri ini diuji?..
tetapi, terfikir juga aku..
kalau aku diuji, apakah reaksi aku nanti?..
bila melihat orang yang diuji..
aku cemburu melihat rintihan mereka pada Ilahi Rabbi..
air mata rayuan berderai laju membasahi pipi..
dambaan pilu merintih sayu seiring uraian air mata laju..
sedih mengenang kasihNya kepada mereka..
hiba melihat dekatnya mereka denganNya..
terasa aku disisihkanNya..
selalu terasa aku sangat jauh dariNya..
alangkah malang jika itu hakikatnya..
tetapi..
bila ku lihat lagi..
tidak ramai yang melihat itu sebagai kasih cinta Ilahi..
banyaknya hanya sedih mengenang nasib diri..
mungkin aku tidak berada pada tempatnya untuk merasai..
hanya doa yang mampu ku panjatkan kepada yang mengalami..
moga sabar atas segala musibah dan ketentuan..
semuanya telah ditentukan..
tanyalah kesedihan, apa yang disedihkan?..
bukankah itu cintaNya pada dirimu?..
sedangkan aku..
masihkah ada cintaNya untukku?..
Archive for November, 2007
Masihkah ada cintaNya untukku?..
Buat adik kecilku..
adikku..
andai kau mampu mengerti tulisan ku di saat ini..
aku ingin kau menghayati..
berjuang di jalannya tidak pernah sepi..
malah dipenuhi onak dan duri..
biarlah tubuh kerdilmu ditampari..
namun jangan sesekali kau menyerah diri..
sungguh beruntung kita punya ibu tabah di sisi..
tiap kali jatuh ke bumi..
dia datang memapah kita berdiri..
sayu aku mendengar khabar tentang dirimu tempoh hari..
semangat kuatmu yang tinggi..
jatuh merundum kerana mereka yang pentingkan diri..
hiba aku fikirkan cabaran yang kau tempuhi..
mungkin kau terlalu kerdil untuk mengharungi..
tapi kau tidak pernah katakan tidak walau sekali..
bila abang-abangmu bersambil lewa, kau mengeluh sendiri..
subhanAllah, tingginya semangatmu untuk amal islami..
adikku..
tatkala aku sendiri di bumi asing ini..
aku terdengar suara anak kecil mendendang doa puisi..
telinga aku tertangkap lafaz Quran dari mereka yang suci..
hati menangis rindu..
air mata bergenang pilu..
bagaimana mungkin mereka sanggup melakukan kau begitu..
pedih hati menerima..
mengapa anak kecil berniat suci mahu dikhianati..
sedang mereka makhluk rakus di bumi dibiarkan sendiri..
bukankah masih banyak manusia lain harus ditangani..
dari menghalang adik kecilku mendalami ilmu islami..
apakah dunia sudah buta hati?..
namun adikku..
ketahuilah..
inilah realiti..
bila kita di atas jalanNya..
kita tidak akan berjalan dengan senang dan gembira..
jauh sekali dari laju kapal terbang di udara..
tidak dengan hawa sejuk kereta di jalan raya..
kerana kita di atas jalanNya..
jalanNya yang panjang..
jalanNya yang berliku..
jalanNya yang tiada ditabur bunga diatasnya..
tidak ada sambutan di tepi-tepinya..
jalan yang sedikit sahaja melaluinya..
jangan biarkan dirimu terkeluar darinya..
mereka yang di atas jalanNya..
semua terus mara..
mara menuju Rabb mereka..
dan Rabb mereka adalah Rabb kita jua..
kita atas satu jalan yang sama..
kita ada satu matlamat yang sama..
andai kata kita tersungkur..
bangkitlah segera..
kita tiada masa untuk membuang masa..
islam masih di hina..
fitnah semakin berleluasa..
ummat masih belum terjaga..
di manakan peranan kita?..
adikku..
jangan mengalah..
biarlah sekecil mana dirimu..
ketahuilah..
Allah tidak menilai keadaanmu..
tetapi usahamu itu yang akan berada di timbanganNya..
singkap kembali sirah perjuangan baginda..
lihat kembali kepada pejuang-pejuang muda..
bagaimana keberanian Ali?..
dari mana hadir semangat Usamah?..
lihat juga saudara kita yang susah..
bagaimana saudara kita di palestin?..
adakah anak kecil di Gaza sedang bersantai?..
adakah mereka di Chechnya hidup bahagia?..
apakah mereka di Baghdad tidur selesa?..
terfikirkah tentang mereka di Khashmir?..
atau kita sudah selesa dengan kehidupan di Malaysia?..
bukankah Malaysia juga semakin menghancur?..
ragut perkara biasa..
rogol sentiasa di dada akhbar..
pembunuhan di mana sahaja..
hatta tandas pun menjadi tempat mereka memburu mangsa..
samun bukan perkara luar biasa..
dewasa bukan lagi mangsa utama..
anak kecil turut menjadi mangsa..
bilakah semua ini akan berakhir?..
andai kata kita hanya pandai menuding jari..
cerdik pandai sudah banyak yang terlahir..
tetapi yang bertaqwa semakin nadir..
apakah kita masih mahu berdiam sahaja?..
adikku..
teruskan semangatmu..
bangunlah dari jatuhmu..
hiruplah sedikit semangat ibumu..
moga menjadi bekal buatmu..
dalam proses menuntut ilmu di situ..
kadang menitis air mata mengenang ketabahanmu..
tapi aku tahu..
dirimu pasti tidak mahu aku menangis untukmu..
jangan kau risau, aku kan doakan untukmu..
teruskan perjuangan..
salam sayang dariku..
insyaAllah kita kan bertemu..
dalam sedikit sahaja lagi waktu..
Sedarlah wahai diriku yang alpha..
aku tahu bukan ini penentu segalanya..
tapi kenapa hanya ini di depan mata?..
bagai hidup dalam kepompong rama-rama..
tidak dapat melihat dunia di luar sana..
bagai kanak-kanak dengan permainannya..
terasa inilah dunia dan segalanya..
tetapi bila tiba masanya..
semuanya tersedar hakikat sebenarnya..
rama-rama kan nampak di luar ada dunia..
kanak-kanak akan tahu realiti dunia..
tapi mengapa hati sukar melihat selainnya?..
adakah ini bahana islam dihina..
atau aku sendiri tidak berusaha..
apakah masih ada cinta pada dunia?..
tidakkah rindu bertemu denganNya?..
lantas, mengapa kematian dilupa?..
bukankah itu pintu ke bertemu denganNya?..
tidakkah setiap perjalanan itu perlu bersedia?..
atau kau sudah tahu bila kan tiba waktunya?..
selalu benar aku terleka..
sehingga terlalu alpha..
lupa hakikat dunia..
melayan perasaan bersama syaitan durjana..
habis islam terus di hina..
kelak di sana..
apa yang kan ku bawa bertemuNya?..
adakah pengalaman bersama syaitan yang dihina?..
atau perjuangan menegakkan islam mulia?..
Kerikil lebih mulia..
sedangkan kerikil pun takutkan Dia..
inikan aku yang diberikan akal olehNya..
kerikil jalanan tahu erti panas neraka..
aku pula langgar semua laranganNya..
antara aku dan kerikil, mana lebih hina?..
kerikil sentiasa bertasbih padaNya..
sedang aku ingat padaNya entah berapa..
sedih mengenang diri berdosa..
mujurlah Kau tiap kali jatuh bangun semula..
dan alangkah bertuahnya..
tiap kali pergi meminta..
Kau tetap beri kurnia..
aku bagai pengemis hina..
adakalanya terasa lebih hina..
apabila meminta diberi segalanya..
kemudian terima kasih terus dilupa..
berlagak sombong seperti aku yang punya..
walhal semuanya pinjaman belaka..
sudah terjatuh baru tersedar semula..
datang kembali meminta..
dasar pengemis hina!
tidak sedar diri ini hamba!
malu aku datang meminta..
tapi aku tiada tempat lain untuk meminta..
kerna ku tahu pintuMu sentiasa dibuka..
tidak seperti orang kaya..
pintu ditutup serapat-rapatnya..
benci pada orang yang meminta-minta..
mengelak dari berjumpa yang hina..
tapi Engkau adalah Tuhan kepada orang kaya..
mereka bongkak di dunia..
mereka lupa akhirat masih ada..
mereka sombong dengan yang hina..
mereka lupa di sana mereka kan terhina..
biarlah aku mengemis di dunia..
sekiranya di sana aku kan kaya..
kerna di sana aku kaya selamanya..
di sini hanya sementara..
didiklah aku yang hina..
agar meminta hanya pada Tuan segalanya..
Maha Kaya..
malah tidak terusik keagungannya..
walaupun diberikan segala di dunia..
kerna aku sendiri milikNya..
apatah lagi harta di dunia..
segalanya milik Tuhan Yang Esa..
Bukan aku tak sudi..
bukan aku tak sudi..
tapi aku sedang berusaha sendiri..
andai kau tahu peperangan hati..
pasti kau mengerti..
dua pasukan bertelagah setiap hari..
malah setiap detik mereka berlari..
berjalan di tiap urat nadi..
menghasut diri berlaku keji..
berperang dan tidak akan mati..
tetap duduk di dalam hati..
sehingga hari kebangkitan nanti..
bukan aku tak sudi..
tapi ini soal hati..
andai kau rasa aku kejam sekali..
aku terima buat masa ini..
bukan redhamu yang ku cari..
tapi redha Ilahi Rabbi..
andai ada murka dengan diri ini..
biarlah ia ditulis di atas pasir hari ini..
agar kelak di hari kemenangan nanti..
mampu kau padam bersama aku di sisi..
andai ada rasa benci..
jangan kau ukir pada batu hari ini..
kerna takut dalam perjalanan nanti..
aku ternampak batu itu tadi..
lantas terhenti langkah ini..
terpadam impian selama ini..
terkubur kemenangan yang dinanti-nanti..
maka hari itu nanti..
tiada air mata untuk disesali..
kerana ia tidak mampu dipadam lagi..
andai ini takdirMu, ya Ilahi..
kuatkanlah diri ini..
tiadalah aku sesuatu pun di sisi..
melainkan apa yang telah Kau beri..
maka kurniakanlah kekuatan dalam diri ini..
letakkanlah ketabahan dalam tubuh ini..
suburkanlah keimanan dalam hati ini..
tetapkan aku di atas jalanMu, ya Ilahi Rabbi..
Ajarkan aku erti cintaMu..
ingin ku kata marah..
marah bukan milikku..
ingin ku kata kecewa..
ia telah berlalu..
ingin ku kata sayang..
tapi belum tiba waktu..
ingin ku luah rindu..
rindu hanya tertentu..
ingin ku menangis..
rendah untuk air mata ku..
ya Allah..
ajarkan aku erti cintaMu..
agar marahku..
kerana tewas dengan nafsu..
agar kecewaku..
mengubah diriku..
agar sayangku..
ke arah rahmatMu..
agar rinduku..
ingin bertemu denganMu..
agar tangisku..
memadam api nerakaMu..
Mengharap kekuatan dariMu..
sampai bila semuanya akan berakhir..
dari bahasanya..
ia seakan berakhir..
tapi realitinya..
tidak pun lagi hampir..
malah lebih lama dari apa yang ku fikir..
mujur Kau selalu ada dengan ku..
suka mendengar aku mengadu..
malah marah bila aku tidak merayu..
peliklah bila aku mencari selainMu..
sedangkan segalanya adalah milikMu..
Tugasku juga meminta..
jika meminta..
mintalah dari Yang Mencipta..
bukan aku tidak ingin memberi..
tapi aku hanya seorang pengemis di sini..
pengemis kepada Ilahi Rabbi..
Tuhan aku, dan Tuhan semua di sini..
apalah yang ada pada diriku?..
kau juga tahu siapa aku..
bukankah Dia pemilik segala-galanya..
bukan setakat harta yang kau ada di dunia..
alam akhirat itu juga Dia yang punya..
malahan dirimu itu juga milikNya..
jika meminta..
mintalah dari Yang Mencipta..
bukan kerna aku tidak ingin membantu..
tapi aku tidak mampu untuk itu..
mintalah pada Dia..
andai kata aku ditetapkanNya..
pastikan kau lihat aku yang menolongnya ..
andai kata dariku yang kau pinta..
buatlah apa yang kau mampu buat di dunia..
sekiranya bukan aku yang ditetapkanNya..
kau takkan lihat aku yang monolongnya..
sesungguhnya..
seluruh langit dan bumi dikumpulkan..
dan diberikan lebih dari apa yang kau minta..
pasti tidak akan berkurang sedikitpun hartaNya..
kerana..
yang meminta juga milikNya..
apatah lagi perkara yang dipinta..
segala-galanya milikNya..
jadi mintalah padaNya..
mintalah pada Yang Maha Kaya..
bukan dari aku yang miskin papa..
seorang pengemis..
tugasnya hanyalah meminta..
ingatlah..
dalam bercinta..
kerendahan pemuda itu satu yang mulia..
rendah diri itu keagungannya..
tapi Yang Dicinta itu perlulah Allah semata-mata..
itulah ibadah sebenarnya..
rasa hina..
kerdil di depanNya..
rasa miskin dan papa..
tidak berdaya..
tiada apa untukNya..
hanya mengharap dariNya..
agar dipermudahkan segalanya..
amin..
Terang sinar mutiara hikmah..
- dipetik dari blog Renungan2u di dalam page al-fawaid -
Mutiara-mutiara hikmah
Muqaddimah
Hidup ini hanyalah satu perjalanan; bermula di alam ruh, memasuki alam rahim ibu, singgah di alam dunia untuk mencari bekal menuju alam barzakh, alam mahsyar, diadili, melalui as-siratul mustaqim dan penghujungnya sama ada syurga dan gembira dapat bertemu Allah atau penyesalan akibat dihumbankan keneraka.
Jalan kepada Allah memerlukan kesabaran, mujahadah jiwa dan memerangi kebatilan. Sebagai panduan, peringatan dan penunjuk jalan kupersembahkan beberapa faedah daripada pengamatan Imam Ibn Qayyim al-Jauzi.
Andai bukan untukmu.. untuk kami di sini..
tika kau datang menyapa diriku..
ku sangkakan hal suka ingin kau kongsikan..
rupanya dikau sedang berduka..
dirimu mengadu padaku..
kau terasa bagai ingin mengalah..
futur pada jalan ini..
tersentak aku menerima aduanmu..
sahabat..
apa yang membuatkan kau begitu..
adakah memori silam mu begitu kelam..
sehingga gelapnya memalapkan cahaya perjuangan..
adakah kisah lama mu begitu hitam..
sehingga api sinar keizzahan islam tidak lagi kelihatan..
tapi syukur bila ku dengar penafianmu..
bukanlah futur yang kau maksudkan..
semangatmu masih seperti dahulu..
malah mungkin sekali lebih lagi kobarannya kini..
cumanya..
dirimu penat sendiri..
sahabat..
aku sebagai teman seperjuanganmu..
menasihatkan diriku dan dirimu..
kau harus fikirkan juga tentang dirimu..
masakan mungkin mutiara dapat dimanfaatkan..
andai kata nelayannya tidak turun menyelam..
jauh ke dasar laut mencari tiram..
lantaran dirinya sendiri terbaring di atas tilam..
bertarung dengan kesihatan..
terikat dengan kerehatan..
tiada berdaya hendak ke lautan..
sahabat..
dirimu berharga untuk ummah..
dirimu ada nilai dalam jemaah..
tetapi..
andai kata dirimu sendiri tidak mampu berdiri..
bagaimana mungkin yang lainnya ingin meni’mati..
sahabat..
jagalah dirimu..
andai bukan untukmu..
untuk kami di sini..
RSS - Posts




