Archive for October, 2007

How can you deny?..

Comments (2)

Kepedulian..

- diambil dari AUSIS daripada entri Kepedulian -

 Image

Dari Hudzaifah Bin Yaman r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda, ”Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka.” (HR At-Tabrani).

Hadith ini banyak diriwayatkan oleh ahli hadith dengan lafaz dan sanad yang berbeza. Dan dari semua sanad yang berbeza, para ulama hadith mempersoalkan kesahihannya. Tetapi para ulama sepakat bahawa secara lafaz dan makna hadith ini adalah benar dan tidak bertentangan dengan nilai Islam yang universal. Secara makna, hadith ini sesuai dengan nilai-nilai Islam yang terkait dengan ukhuwah Islamiyah, baik yang disebutkan dalam Al-Qur’an mahupun hadith. Allah swt. berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (Al-Hujuraat: 10)

Rasulullah SAW. bersabda, “Perumpamaan orang-orang beriman dalam kecintaan, kasih-sayang dan ikatan emosional ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggotanya sakit, mengakibatkan seluruh anggota tidak dapat istirahat dan sakit panas.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Semarak perjuangan..

Comments (3)

Kasih siapa yang kau tagih?..

katakanlah yang benar walaupun pedih..
kerana, cinta siapakah yang kau tagih?..
siapakah yang lebih kau kasih?..
kalau benar Allah sebagai Kekasih..
kenapa harus menyembunyikan kata-kata Kekasih?..
bukankah kekasih selalu meninggikan kekasih?..
adakah benar kau jadikanNya kekasih?..
atau sekadar lisanmu yang berbuih?..
adakah kau rela dimurkai Kekasih..
hanya kerana dunia yang kau kasih?..
atau kau takut disisih?..
ketahuilah, Dia Maha Pengasih..
biarpun kau tersisih..
untukmu, masih ada kasih..
malah, kasih yang paling shahih..
kasih dari Dia Yang Maha Pengasih..

Comments (6)

Sepohon kayu..

Leave a Comment

Andai bisa ku kirimkan air mata..

andai bisa ku kirimkan air mata..
pasti sudah lama ku lakukannya..
moga ia mampu bersama..
menjadi penguat jiwa..
kerna aku hanya seorang anak yang biasa..
kepada seorang ibu yang tabah lagi mulia..
sentiasa mengharap doa tulusmu menghadapi ranjau dunia..
maafkan salah silap anakmu yang berdosa..
kerna tidak pernah terlintas dari segenap rasa..
untuk membuatkan kau terluka..
tapi hati tidak dapat menerima..
walaupun dikau kata aku bukan penyebabnya..
kerna sepertimu..
aku turut punya rasa hatiku..
dan hatiku berkata denganku..
bahawa aku ada dosa denganmu..
lantaran itu..
mana mungkin aku mampu tidak mengalirkan air mata..
ku hanya mampu mengharap..
mengharapkan kepada air mata..
agar air mata murahku ini..
mampu membeli kemaafan yang tinggi..
kemaafan ikhlas dari dirimu yang mulia..
yang tidak pernah tua di dalam hatiku..
malah sentiasa gagah seperti orang muda..
moga kau maafkan kesalahanku..
tidak pernah sekalipun terlintas di benak fikiranku..
untuk membiarkan kau berduka..
maafkan ku..

Comments (24)

Ma’at taufiq wan najah..

Ma'at taufiq wan najah..

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah.. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah.. kami memohon kejayaan yang hakiki.. yakni kejayaan dari sisiMu.. sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini.. malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.. sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu.. sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami.. maka Kau teguhkanlah hati kami.. moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu.. kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.. Ya Allah, telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain.. ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami.. moga Kau maafkan kealpaan kami.. telah juga kami berdoa.. dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar.. dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu.. moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.. sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami.. dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah.. maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus.. jalan yang membawa kebaikan kepada kami.. kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki.. tidak hanya dunia yang sementara.. tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.. Ya Allah, Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun.. dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul.. maka dengan itu, Kau tunjukkanlah kami.. Kau bimbinglah kami.. Kau terangilah kami.. jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.. jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu.. dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan.. Moga kami semua terus tsabat dalam memperjuangkan agamaMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.. dan di atas ketaatan kepadaMu.. dan di atas jihad pada jalanMu.. amin ya Rabbal ‘alamin.. 

ma’at taufiq wan najah.. 

Comments (6)

Bisakah ku pohon agar lubang-lubang itu ditampal semula?..

yang menulis ini.. diri inilah yang pertama membaca penulisan ini.. menjadi tanggungjawab atas diri ini pertama sekali menghayati penulisan sendiri.. tegurlah sekiranya ditemui diri ini tidak menghayati penulisannya sendiri.. sungguh, apa gunanya jemaah sekiranya semuanya mendukung ideologi “aku tidak pedulisme”.. apa gunanya jemaah sekiranya semuanya bersifat “keakuan”.. yakni aku hanya aku, dan engkau adalah engkau.. jauh sekali kita dari ajaran islam sekiranya itu yang terjadi.. na’uzubillahi min zalik..

sekadar peringatan untuk diriku.. lisan ini.. boleh jadi senjata yang paling tajam.. tetapi lisan ini juga boleh jadi angin bayu yang lemah lembut membelai hati.. maka dengan itu berhati-hatilah dalam berbicara.. tidak semua orang punya hati yang keras yakni tidak begitu cepat terasa.. tidak juga semua punya hati yang lembut.. yakni senang sekali terasa akan kata-kata yang dilontarkan terhadapnya.. maka berhati-hatilah dalam berkata-kata..

teringat pada satu kisah.. seorang ayah yang hebat fiqh da’wahnya.. memberi tarbiyah kepada anaknya yang cepat marahnya.. yakni seorang pemuda yang pemarah.. walaupun hanya pada perkara yang kecil.. suatu hari.. ayahnya memberikan kepadanya tukul dan sekotak paku.. pelik anak muda ini.. terus ditanyakan kepada ayahnya dalam nada kehairanan.. “untuk apa tukul dan paku-paku ini, abah?”.. ayahnya menjawab.. “setiap kali kamu marah, pakukan tembok batu di depan rumah kita ini sebagai tempat kamu melepaskan kemarahanmu.”.. terjawab, tetapi masih hairan, namun tidak dipersoalkannya lagi, diikuti apa yang diminta oleh ayahnya..

pada hari pertama sahaja.. sudah 37 batang paku yang dipakukan pada tembok batu tersebut.. namun.. setelah bermingu-minggu.. paku-paku yang kelihatan ditukulkan setiap hari semakin berkurangan.. tiba-tiba terfikir dalam dirinya.. lebih mudah baginya mengawal marahnya dari menukul paku ke tembok batu di depan rumahnya.. maka dia terus dengan tarbiyah ayahnya.. sehinggalah tiba satu hari.. di mana tiada paku yang dipakukan pada hari itu.. pemuda tersebut berjaya mengawal marahnya, tidak sekali pun hari itu dia memarahi sesiapapun.. dia dengan gembiranya mendapatkan ayahnya.. lalu mengkhabarkan berita gembiranya itu..

apabila diberitahu kepada ayahnya.. ayahnya mengucapkan tahniah dan memberikan arahan baru.. kali ini.. pemuda itu disuruh agar mencabut paku yang telah ditukulkan pada tembok batu itu satu persatu.. yakni bagi setiap hari yang dilalui tanpa kemarahan, maka cabutlah satu paku pada tembok tersebut..

hari berganti hari.. minggu diganti dengan minggu.. siang malam silih berganti.. masa berlalu.. seperti mana yang ditetapkan Allah.. sehingga tibalah satu hari di mana pemuda itu berjaya mencabut keseluruhan paku yang telah dipakukan dulu.. dia dengan bangganya memberitahukan hal ini kepada ayahnya yang dihormati..

lantas ayahnya memimpin tangannya ke tembok tersebut.. lalu berkata.. “anakku, kamu telah melakukannya dengan sangat baik sekali, tahniah.. tetapi, lihatlah lubang-lubang pada tembok batu ini.. tembok ini tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.. bila kamu menyatakan sesuatu, atau melakukan sesuatu ketika marah, ia meninggalkan kesan.. ia meninggalkan parut dan luka.. sama seperti ini.. kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.. tetapi ingatlah.. berapa banyak sekali pun kau memohon kemaafan dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya tetap ada.. luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal.”..

sekadar renungan.. mungkin salah analoginya.. namun ada yang dapat diambil dari kisah ini.. kisah ini bukan rekaan sendiri.. diturun-turunkan mengikut generasi.. maka, selagi ia bukan kalamullah atau hadith nabi.. sesuatu itu berhak diambil atau ditinggalkan..

ingatlah.. sahabat adalah permata yang sukar dicari.. dia buatkan kita tertawa.. dia menggalakkan kejayaan kita.. dia jualah yang mendengar.. dia jualah yang berkongsi suka dan duka.. dia sentiasa membuka hatinya kepada kita.. berapa kali pun salah kita padanya.. dia terima seadanya.. kasih dan cintanya tidak pada rupa.. tidak pada harta.. tidak pada dunia yang kita ada.. tetapi pada aqidah yang sama.. dialah yang bersama dengan kita dalam perjuangan yang panjang jalannya.. jalan yang tiada ditabur bunga, dialah penemannya.. jangan yang sempit, bersama dialah terasa luasnya.. jalan yang murni dan tinggi ini, kita kongsi bersama dengannya.. semuanya.. kita tanggung bersama..

maaf atas kesalahan diri ini.. mohon agar lubang-lubang hati bisa ditampal kembali.. ditampal dengan kemurnian hakikat janji ilahi.. keluhuran budi perkerti nabi.. iaitu memaafkan dan melupakan itu satu akhlak yang mulia yang akan diberi ganjaran yang mulia.. setiap anak adam itu melakukan kesalahan.. sekiranya nabi yang mulia itu juga bersifat pemaaf terhadap sahabat-sahabatnya.. malahan Allah Yang Maha Agung juga amat suka memberi pengampunan.. siapalah kita untuk tidak cuba memaafkan kesalahan sahabat kita.. apa hebatnya kita untuk tidak memaafkan malah sombong bongkak mengatakan kita ini mulia?..

wAllahua’lam.. moga amalan selari dengan kata-kata.. amin..

Comments (14)

Description of paradise..

original article is here at Kalamullah.Com .. 

by Imaam Ibn al-Qayyim, Rahimahullaah

Ibn al-Qayyim said, in regards to the description of the Paradise and the delights that it contains:

“And if you ask about its ground and its soil, then it is of musk and saffron.

And if you ask about its roof, then it is the Throne of the Most Merciful.

And if you ask about its rocks, then they are pearls and jewels.

And if you ask about its buildings, then they are made of bricks of gold and silver.

And if you ask about its trees, then it does not contain a single tree except that its trunk is made of gold and silver.

And if you ask about its fruits, then they are softer than butter and sweeter than honey.

And if you ask about its leaves, then they are softer than the softest cloth.

Read the rest of this entry »

Comments (11)

Peperiksaan akhir semester 2..

Final Exam Timetable for 2nd Sem..
(klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar, jelas, nyata, dan terang..)

semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. doakan kejayaan bersama.. ma’at taufiq wan najah fi kullu imtiham, fid dunia wal akhirah.. semoga berjaya dalam semua peperiksaan di dunia dan akhirat..

amin..

apa-apa pun, usaha dulu.. sunnatullah perlu diikut.. nak berjaya perlu belajar.. cuma yang perlu diingat.. bukan sebab belajar kita itu, kita berjaya.. tetapi Allah yang menjayakan dan menggagalkan.. redha atas ketentuan Allah adalah salah satu rukun iman.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu yang terjadi..

usaha.. doa.. tawakal.. redha..

“…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

(Surah al-Baqarah [2]:216)

ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui.. dan Engkau tidak pernah dan tidak akan menzalimi hamba-hambaMu walau sebesar zarah sekalipun.. dan sungguh, segala yang telah Kau susunkan untuk kami adalah yang terbaik untuk kami.. telah dibentang dua jalan.. maka kamilah yang memilih jalan kami.. maka bantulah kami.. bimbinglah kami.. tunjukkanlah kami.. satu jalan.. yakni jalan yang lurus.. jalan orang yang Kau beri nikmat.. bukan jalan orang yang Kau murkai.. dan bukan jua jalan orang-orang yang sesat..

amin..

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.”

(Surah an-Nisa’ [4]:40)

Allahumma yassir wa la tu’assir ya Kareem.. ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia..

amin..

doakan kejayaan bersama..ya Allah, jadikan kami terdiri dari golongon orang-orang yang berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam setiap ujian dan peperiksaan di dunia dan di akhirat..

Allahumma ja’alana minan najihin wal faizin wal mumtazin wal mutafawwiqin fi kulli imtihan wal ikhtibarat fid dunia wal akhirah..

amin..

Comments (18)

Kemenangan yang dijanjikan..

Kemenangan yang dijanjikan..

 الله أكبر الله أكبر الله أكبر , لا اله الا الله , الله أكبر الله أكبر ولله الحمد.
الله أكبر كبيرا , والحمد لله كثيرا , وسبحان الله بكرة واصيلا.
لا اله الا الله وحدة , صدق وعدة ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada sekalian pembaca..

taqabAllah minna wa minkum..

semoga Allah menerima amalan baik telah kita lakukan sepanjang ramadhan dan sebelum-sebelumnya…

dihari yang penuh kemuliaan.. hari yang dijanjikan kemenangan kepada sesiapa yang berpuasa.. berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan.. menahan diri dari hawa nafsu.. inilah hari kemenangan dalam peperangan melawan hawa nafsu.. namun perjuangan ini masih belum tamat.. kerana selagi kita masih hidup.. selagi itu kita masih digelar pejuang.. jeehadun nafs.. bermujadah dengan nafsu itu akan berlaku sehingga kita dipanggil pulang.. oleh itu wahai pejuang.. terus tabah atas jalan yang hujungnya indah.. hujungnya sa’adah.. hujungnya bahagia yang tidak terkalah..

di hari yang penuh keredhaan.. hari yang memuji kebesaran Tuhan sekalian alam.. keesaan Tuhan yang menjadikan siang dan malam.. Ke’adilan Tuhan yang menghidupkan dan mematikan.. Tuhan yang mengawal seluruh alam.. dari ‘alam mula hingga ‘alam akhirnya.. di hari yang malaikat mendoakan manusia-manusia yang memuji, membesar dan menyembah Tuhannya.. saya ingin memohon jutaan kemaafan dan pengampunan atas segala silap dan salah bahasa atau kesilapan-kesilapan di dalam blog ini.. sungguh diri ini tidak sempurna.. maka maafkanlah kekurangan, raikanlah kelebihan.. berlapang dada lah dalam perbincangan..

di sini juga ingin di ambil kesempatan yang sekejap ini.. untuk memohon kemaafan kerana kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan akademik sehingga blog ini agak terabai.. hanya beberapa post yang singkat dan lirik-lirik nasyid sahaja sempat dipostkan.. semua komen belum sempat untuk dijawab.. jutaan kemaafan dipinta.. insyaAllah akan disemak setelah selesai amanah tanggungjawab akademik.. maaf.. sebelum itu, diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi pandangan dan jawapan.. yang memeriahkan blog ini dan yang menziarah blog ini.. terutama sekali Ummi yang tercinta.. jazakillahu khairan kathira.. moga kita semua terus tsabat dan istiqamah dalam perjuangan.. amin ya Rabbal ‘alamin..

kullu ‘aam wa antum bikhair..

Comments (16)

Kekasih yang dirindu..

Comments (5)

Ketinggian dan kerendahan..

ya Allah..
indahnya syurgaMu yang tinggi..
tidak terbayang dengan akal yang cetek ini..
hanya dengan wahyuMu yang kuyakini..
aku mengenal erti duniawi dan ukhrawi..
ya Allah..
jangan biar diri ini..
seperti kanak-kanak dengan permainannya..
begitu asyik dengan sesuatu yang tidak nyata..
janganlah Kau biarkan aku..
melihat dunia sebagai segalanya..
sedangkan syurgaMu indah tercipta..
tiada tergambar oleh akal manusia..
janganlah Kau biarkan aku mewah bersama dunia..
letakkanlah dunia di tanganku..
tidak di hati ini..
biarlah akhirat nanti bertakhta di hati..
biarlah pertemuan denganMu yang sentiasa meniti di benak fikiran ini..
biarlah titian siratMu menjadi kerisauan harian diri ini..
jadikanlah perbentangan amalanku satu ketakutan yang digeruni..
campakkanlah rasa takut yang hakiki dalam tubuh ini..
moga aku sentiasa beringat bahawa dunia ini..
hanya permainan..
hanya senda gurau..
ibarat bunga..
dibajai..
dijaga dengan rapi..
tumbuh mekar indah mewangi..
tetapi..
setelah masa berlalu pergi..
ia kembali..
ke tanah semula ia kembali..
itu hakikat kerendahan duniawi..
enak dan mewah menyegarkan hati..
tapi secara hakiki..
ia tiada erti..
dengan tempoh masa yang kecik ini..
ia menentukan pengakhiran di sana nanti..
ya Allah, ya Rabbi.. 
bimbinglah hati ini..
agar kelak di sana nanti..
senyum gembira tiada henti..
bahagia kekal abadi..
amin ya Ilahi..

Leave a Comment

Manisnya perjuangan..

subhanaAllah..
aku kagumi semangat juangmu..
biar dirimu selalu mencela hakikat itu..
kau selalu katakan dirimu lemah..
dirimu goyah..
tidak setabah diriku..
malah, banyak lagi kau tafsirkan tentang dirimu..
sungguh, kau tidak tahu di mana tahapku..
lantaran itu..
bagaimana bisa kau meletakkan posisimu..
siapa lebih hebat..
itu tidak penting..
tetapi siapa yang tsabat..
itulah pendinding..
pendinding dua status kehebatan..
membezakan yang tinggi dan yang di bawahan..
jika tidak di mata manusia..
ia hebat di mata Tuhan..
kerana tsabat dalam perjuangan..
itu bukan suatu yang senang dilakukan..
biarpun berkali-kali dilafazkan..
yang merasai kemanisan..
pasti tidak sama dengan khabaran..
kemanisan dalam kesusahan..
kemanisan dalam kepahitan..
manisnya perjuangan..
teruskan berjuang teman seperjuangan..
moga ketemu dalam manis sambutan kemenangan..

Comments (4)

99 names of Allah..

Leave a Comment

Older Posts »