Archive for September, 2007

Sekadar pembangkit semangat buat diriku..

Sedih..Sedih..Sedih..masih banyak perkara yang harus aku lakukan daripada melayan perasaan yang hujungnya tidak ke mana.. masih banyak perkara yang harus aku fikirkan dari merenung kehidupan yang tiada arah tujunya.. masih banyak kehidupan orang lain yang harus aku pertimbangkan dengan keputusan aku yang aku tetapkan..

kes Nurin bukan perkara luar biasa.. masih banyak lagi yang sama berlaku.. adakah dunia akan terus begini.. adakah aku, dengan hanya menuding jari kepada orang lain, tugasku akan selesai.. jauh sekali.. tuduh dia, dia tuduh orang lain.. pusing-pusing, akhirnya sampai kembali kepada aku.. cukup.. aku sudah muak dengan tuduhan kesalahan ini.. yang benarnya semua salah.. dan aku yang paling bersalah..

aku tidak mahu kehidupan semua keluargaku, kenalanku, teman seperjuanganku, sahabat-sahabat dan semuanya dinodai kebinatangan manusia.. kebuasan makhluk yang tidak layak dipanggil manusia.. tapi.. apakah caranya?.. adakah hanya berkata-kata kosong.. atau hanya menaip byte-byte komputer yang menghasilkan satu entri yang menggambarkan perasaan?.. jauh sekali..

Read the rest of this entry »

Comments (16)

Jalan dakwah..

Comments (4)

Di dalam hati manusia ada..

Antara Kata-kata Nasihat Dari Ibnu Qayyim.

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t.

3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah s.w.t.

4. Di dalam hati manusia ada kegellisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya.

6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali dengan menanamkan kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.

Comments (4)

Tombo ati..

Leave a Comment

Hikmah tafakur..

(diambil dari Dakwah-Info dalam entri bertajuk Cerpen – Sempena Ramadhan)

Oleh: Al-Hidayah

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Read the rest of this entry »

Comments (6)

Harapan ramadhan..

Leave a Comment

Majlis Iftar MISSA..

Majlis Iftar MISSA..

Comments (1)

Prisoners of faith..

Ibn Taymiyyah said in his famous saying..

“What can my enemies do to me? My paradise and garden are in my chest, and do not leave me. My imprisonment is seclusion with Allah, and my death is martyrdom, and my expulsion is tourism. If the people who imprisoned me were given the equivalent of this prison in gold, it would not do them as much good as what Allah has given me with this prison.”

He also said..

“The real prisoner is someone whose heart is imprisoned from his Lord and the true captive is someone captured by his passions”

The stranger is not the one who empties the house and bids farewell now
But the stranger is he who is serious while the people around him play
And is awake while the people around him sleep
And follows the best path* while the people around him plot and plan in their misguidance

And truthful was the poet when he said:

My friend said to me, I see you as a stranger
Amongst these people without a close friend
I said nay! But the people are strange, I’m in this world and this is my way
This is the stranger
Strange in the view of those who jest and mock from amongst mankind
But in the Sight of his Lord, he is at a Noble Station

(*also means ‘narrow mountain pass)

Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

If you ask about us, then we do not care about the tyrants
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

We never care about the chains, rather we’ll continue forever
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

How many times we remembered a time when we were happy
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

The Prophet Sallallahu ‘alaihi wassalam said..

“Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers”

 

Comments (5)

I’tiraf..

Leave a Comment

Janganlah aku Kau hina..

siapa aku di hadapanMu?..

sedang pada manusia aku dihina..
di mata manusia akulah durjana..
tohmahan itulah makanan telinga..
hinanya aku di hadapan manusia..
cukuplah jijiknya aku pada mereka..
janganlah Kau juga memandang aku hina..
syurga bukanlah tempat selayaknya..
walaupun aku impikannya..
tapi neraka itu tidak terperi azabnya..
aku tidak mahu ke sana..
namun Kau jadikan tiada di antaranya..
hanya satu antara dua..
maka hanya rahmatMu yang ku pinta..
ampuni dosaKu di dunia..
agar akhirat aku bahagia..
bimbing aku di dunia..
moga akhiratku nanti di syurga..
biarlah aku hina di dunia..
tapi muliakan aku di akhirat sana..
jahatnya aku pada manusia..
hanya kerna menghala ke syurga..
itu lebih aku rela..
dari aku menuju neraka..
dengan redha manusia..
tapi mendapat murkaMu, Tuhan Yang Esa..
biarlah mereka yang murka..
tapi aku Engkau redha..

janganlah aku Kau hina…

Comments (5)

Welcome o ramadhan..

Comments (5)

Bahagia pohon sakinah..

kau impikan bahagia
tapi kau lakukan sebaliknya
apakah kau fikir ia datang begitu sahaja
alangkah naifnya
ingin bahagia
mula dengan barakah dan rahmatNya
salah jalan awalnya
musnahlah akhirnya
manakan hadir bahagia
jika tunjangnya maksiat semata
kau inginkan cinta sempurna
tapi kau mencari salah sumbernya
kau mahu kasih dua hala
tapi kau pergi pada yang berpura-pura
masih ada rasa ingin bahagia
carilah Dia
ikutilah jalanNya
tetaplah di atasnya
bahagia itu ada bersama
cintaNya tiada tandingannya
kasihNya tidak pernah meminta
ingin bahagia
betulkan puncanya
ingin bahagia
suburkan akarnya
ingin bahagia
kukuhkan tunjangnya

moga lahir pohon sakinah..

Comments (2)

Realiti dunia..

bukankah nyata itu belum masanya
kenapa masih berdegil akan perintahNya?
kenapa mahu turutkan nafsu durjana?
apakah kau hanya fikirkan dunia?

ceteknya akalmu!

bergadai yang infiniti
untuk yang seni

rugilah diri!

keluarlah dari fantasi
selamilah realiti

kau bagai kanak-kanak
kanak-kanak dengan permainannya
bermain dengan riang
terasa seluruh dunia ini dia yang punya
padahal semuanya hanyalah permainan
permainan semata-mata
alam sebenar lebih benar dan nyata

sedarlah!

tidak ada yang senang di dunia ini
setiap sesuatu ada nilainya sendiri
termasuklah firdausi yang kau impi
jangan impikan bahagia yang infiniti
kalau diri masih cinta duniawi
mahar syurga itu amat tinggi
bukan mudah menjadi penghuni
di tempat yang bahagia abadi

berusalah..

Comments (4)

Menuju wawasan..

Leave a Comment

Dengki dan iri hati..

SOALAN :

Saya mengalami tekanan akibat sifat iri hati dan dengki. Tetapi tidaklah sampai tahap mencari pergaduhan, bermusuhan atau berdendam. Saya sukar mencari ketenangan apabila diri dikuasai perasaan ini.

Apakah amalan yang dapat menyembuhkan daripada sifat buruk ini?

JAWAPAN :

Nabi mengajar kita sepotong doa yang bermaksud:

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam mentaati-Mu dan tetapkanlah hatiku dalam menurut agama-Mu”.

(Musnad Abu Ya’la al-Musiliy, jld:10, no. hadis:4700, dan Ahmad, jld:19, no. hadis:9052 )

Hati kita perlukan imunisasi ataupun perlukan ketahanan untuk melawan gangguan syaitan yang menyasarkan serangannya pada hati manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”.

“Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

(al-Ra’d: 28).

Hati merupakan komponen yang kita miliki, dalam masa yang sama kita tidak dapat mengawalnya. Selalu sangat hilang kawalan. Nabi s.a.w. ibaratkan hati sebagai raja dalam tubuh badan kita. Kerana kerjanya mengarahkan kita untuk melakukan sama ada yang baik mahu pun yang jahat.

Cara terbaik dalam merawat hati kita selain dengan zikrullah ialah, memperbanyakkan membaca al-Quran, selawat ke atas Nabi s.a.w., menjauhkan diri dari makanan yang ada unsur syubhat dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Apa yang pasti hati yang penuh dengan perasaan dengki, benci, dendam kesumat, memendam kemarahan akan menjadi penyebab kepada terhalangnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:

“Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).”

(Surah al-Syua’raa [26]: 89).

Hati yang rosak dan berpenyakit tidak boleh dibawa menghadap Allah s.w.t.

artikel asal di Mutiara Hati di bawah entri bertajuk Rawat hati dengan zikrullah.

Comments (2)

Older Posts »