Senyum itu sedekah..

Ia percuma tapi amat berharga,
Ia menjadikan penerimanya kaya,
Tanpa menjadikan pemberinya miskin,
Ringkasnya seperti kilat,
Tapi berlegar diingatan sepanjang masa,
Tidak ada sesiapa yang terlalu kaya,
Hingga tak memerlukannya,
Dan tidak ada sesiapa yang terlalu miskin,
Hingga tidak mampu memperolehinya,
Ia menjalinkan sebuah ikatan bahagia,
Kebaikan dalam pelajaran,
Dan kemesraan dalam persahabatan,
Memberi kekuatan dalam ukhuwah,
Juga memberi kekuatan kepada yang keletihan,
Memulihkan semangat kepada yang kecewa,
Mengembirakan yang kesedihan,
Ubat yang mujarab kepada kerusingan,
Ia tidak boleh dibeli atau dipinta,
Tak dipinjam atau dicuri,
Ia berharga hanya bila diberi sebagai hadiah,
Dan tidak ada sesuatu yang amat lebih merugikan,
Bagi seseorang yang tidak lagi memilikinya,
Untuk diberikan kepada orang lain,
kerana senyum itu satu sedekah..

3 Comments »

  1. kalamku said

    kalamazlan.blogspot.com

  2. FaisaL said

    jazakAllahu khairan kathira atas ziarahnya..

  3. [...] Sumber Asal: Catatan Seorang Pengemis [...]

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Comment