Archive for July, 2007

Detik-detik akhir kewafatan nabi..

Ya Rasulullah..

Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia..

untuk mengingatkan kita…

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” ”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Read the rest of this entry »

Comments (13)

Sikap positif bawa kejayaan dunia akhirat..

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

PERSAINGAN hidup penuh mencabar yang mewarnai pentas alam maya ini menuntut manusia bersabar dan bersemangat waja dalam melayarkan bahtera kehidupannya menuju matlamat disasarkan.

Salah satu daripada sifat yang sewajarnya menjadi perhiasan diri seseorang manusia untuk mencipta kejayaan dalam hidupnya ialah berfikiran positif. Secara harfiah, berfikir positif dapat didefinisikan sebagai satu pandangan atau sikap seseorang yang sentiasa memandang baik terhadap segala keadaan menimpa dirinya.

Dalam istilah bahasa Arab, perkataan berfikiran positif lebih dikenali sebagai Husnu al Zhan yang bermaksud berprasangka baik iaitu lawan kepada perkataan Su’u al Zhan yang bermaksud berprasangka buruk.

Antara kedua-dua sifat berlawanan itu, Islam menganjurkan umatnya supaya bersifat berprasangka baik dalam hidupnya berbanding dengan berprasangka buruk yang tercela.

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Menjaga ukhwah..

Oleh: Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas 

Ahlus Sunnah wal Jama’ah menjaga ukhuwwah (persaudaraan) sesama Mukminin dan seolah mereka itu seperti satu tubuh, bila yang satu sakit, maka yang lainnya pun ikut merasakan sakit juga.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Seorang Mukmin dengan Mukmin lainnya seperti satu bangunan yang tersusun rapi, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” Dan beliau merapatkan jari-jemarinya. (1)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun pernah bersabda:

“Perumpamaan kaum Mukminin dalam cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan bahu-membahu, seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh anggota tubuhnya yang lain ikut merasakan sakit juga, dengan tidak boleh tidur dan demam.” (2)

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Perantau..

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Leave a Comment

Pertemuan bukan milik kita..

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

Leave a Comment

Bersatu..

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Karena orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat
Asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sehat
Selamat dunia akhirat

Leave a Comment

Wahai Pemuda..

al imam as syahid hassan al banna dalam salah satu catatan beliau yang berjudul aiyuhas syabab.. wahai pemuda.. banyak menasihati para pemuda agar bangkit dari tidur mereka yang panjang.. kita adalah tonggak islam.. kitalah tentera Allah.. kitalah tiang agama ini.. bangkitnya agama ini nanti terletak di bahu kita.. para pemuda islam.. maka sedarlah.. dan bangkitlah.. persiapkan diri.. kerana jalan yang bakal ditempuhi tidak lagi akan sama seperti mana selama ini kita lalui.. tidak lagi senang lenang.. tidak lagi mewah dan kenyang.. tidak lagi lapang.. segalanya dihalang.. tapi itulah perjuangan.. teruslah berdiri atas jalan yang benar.. sehingga al-haq memenangkannya..

Read the rest of this entry »

Comments (5)

Pohon Hijau..

Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Read the rest of this entry »

Leave a Comment

Peringatan untukku..

sekadar peringatan pendek buat diriku.. yang terlalu banyak menerima nikmat.. tetapi masih tidak mensyukuri dengan sebenar-benar syukur.. maafkan keluhan hambaMu selama ini ya Allah..

setiap hari.. apabila kita menerima nikmat.. kita kadang bukan bersyukur.. malah mengharapkan yang lebih baik.. ada juga yang menentang ketetapan dengan mengatakan usahanya lebih dari apa yang diperolehi.. na’uzubiilahi min zalik.. moga aku diberikan hati yang sentiasa bersyukur..

apabila terasa hebat.. lihatlah mereka yang lebih hebat akhiratnya.. apabila terasa kurang dan diuji.. lihatlah mereka yang lebih merana..

jangan mudah mencari kesilapan manusia.. sebab diri sendiri kadang kala melakukannya.. sama ada sedar atau tidak itu bukan alasannya..

moga apa yang ditulis akan diingati dan difahami.. bukan sekadar tahu.. moga ianya menjadi amalan.. insyaAllah..

maaf kepada semua yang terasa hati sebelum ini.. semasa ini.. dan selepas ini.. setiap manusia melakukan kesilapan.. saling maaf memaafilah.. moga tautan kita akan lebih erat..

wAllahu a’lam..

Leave a Comment

Hatimu untuk siapa..

hatimu untuk siapa…

hatiku untukNya,
Yang Maha Kuasa,
Pemilik alam raya,
tauhid untuk Yang Esa,
seagung kasih untukNya…

hatimu untuk siapa…

hatiku untuk mereka,
asbab lahirku ke dunia,
dunia fana tidak bermakna,
andai hilang kasih bapa,
alam indah apa lah guna,
kasih bonda membawa ke Syurga…

Leave a Comment

Ar-Ruhul Jadid

Ar-ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal al-Quran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba’
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Allah
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

Leave a Comment

Senyum itu sedekah..

Ia percuma tapi amat berharga,
Ia menjadikan penerimanya kaya,
Tanpa menjadikan pemberinya miskin,
Ringkasnya seperti kilat,
Tapi berlegar diingatan sepanjang masa,
Tidak ada sesiapa yang terlalu kaya,
Hingga tak memerlukannya,
Dan tidak ada sesiapa yang terlalu miskin,
Hingga tidak mampu memperolehinya,
Ia menjalinkan sebuah ikatan bahagia,
Kebaikan dalam pelajaran,
Dan kemesraan dalam persahabatan,
Memberi kekuatan dalam ukhuwah,
Juga memberi kekuatan kepada yang keletihan,
Memulihkan semangat kepada yang kecewa,
Mengembirakan yang kesedihan,
Ubat yang mujarab kepada kerusingan,
Ia tidak boleh dibeli atau dipinta,
Tak dipinjam atau dicuri,
Ia berharga hanya bila diberi sebagai hadiah,
Dan tidak ada sesuatu yang amat lebih merugikan,
Bagi seseorang yang tidak lagi memilikinya,
Untuk diberikan kepada orang lain,
kerana senyum itu satu sedekah..

Comments (3)

Pelita hidup..

Leave a Comment

Sabar ketika senang.. Itu yang lebih susah..

sabar.. kita selalu mengingatkan sahabat-sahabat supaya sabar.. malah lagaknya seperti pakar motivasi.. gayanya seperti pernah menghadapi.. diharapnya bersabar.. alhamdulillah.. itulah tugas sahabat.. menasihat kepada kesabaran.. sabar bila diuji.. sabar bila ditimpa bala.. sabar bila datang dugaan.. sabar bila kehilangan yang berharga.. sabar.. sabar.. sabar.. konsep sabar kita.. bagai telah disinonimkan dengan keadaan susah.. keadaan menderita.. keadaan sengsara.. sepertinya.. ketika senang.. tidak perlu lagi kita bersabar.. ya.. betul.. kalau difikirkan logik akal.. itulah dia.. apa lagi yang hendak disabarkan.. hidup senang.. mewah.. masa masih panjang.. duit sudah banyak.. kuasa kita ada.. apa sahaja lagi yang tidak cukup?.. khabarkan?.. bukankah itu sudah cukup baik.. ya.. sememangnya.. itulah waktu senang kita.. tapi adakah diwaktu senang itu kita tidak perlu lagi bersabar?..

Read the rest of this entry »

Comments (13)

Keep strong..

yang memegang hati ini..
bukanlah diri ini..
tapi Tuhan empunya diri..
Dialah Ilahi Rabbi..

tatkala hati ini resah..
inginkan sesuatu yang tidak sah..
Dialah tempat aku berpasrah..
kepadaNya aku berserah..

tatkala hati ini rindu..
rindu pada yang bukan milikku..
bukanlah manusia tempat aku mengadu..
tetapi Dia Yang Satu..

Read the rest of this entry »

Leave a Comment