Archive for April, 2007
April 30, 2007 at 8:53 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
Teman,
Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan nur iman dan Islam bukannya berdasarkan nafsu yang sentiasa inginkan kebebasan dan keseronokan yang tidak berkesudahan.Seorang ulama’ telah mengukirkan ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu, binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal manakala manusia diberikan keduanya sekali iaitu akal dan nafsu. Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal yang berpandukan syariat Ilahi maka dia lebih baik daripada malaikat tetapi jika dia tewas dengan pujukan nafsunya maka dia lebih hina daripada binatang.
Read the rest of this entry »
Permalink
April 27, 2007 at 5:56 am
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
Oleh: Muharikah
Berapa kali aku kata aku bukan belajar di London! Aku belajar di Swansea, di salah satu tempat di Wales!
“Aku dah bilang kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!”
Swansea ayah, Swansea ! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di London.
“Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.” Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.
Read the rest of this entry »
Permalink
April 22, 2007 at 11:59 am
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.
Read the rest of this entry »
Permalink
April 21, 2007 at 1:13 pm
· Filed under Peringatan.., Tazkirah
islam hari ini.. yang benar-benar mengamalkannya.. hanyalah segilintir kecil.. hanya sekelompok kecil.. golongan minoriti.. sememangnya seperti yang dikhabarkan nabi.. bilangan muslim itu banyak di akhir zaman.. tapi sedikit sekali yang mempunyai nilai.. bagai buih di lautan.. ombak menghempas.. melahirkan jutaan buih-buih.. namun sekadar buih yang hilang setelah seketika.. muslim hari ini.. ibarat angka kosong.. tiada nilai.. roh islam tiada dalam jasad.. hanya jasad kosong semata-mata.. jasad yang menjadi pinjaman digunkan untuk selainnya.. untuk yang lain dari yang diajarkannya.. islam hari ini terpinggir.. islam hari ini disisihkan.. islam hari ini diabaikan.. islam hari ini dihina.. islam hari ini dihitamkan.. islam hari ini dipandang serong.. mengapa?.. bagaimana ini terjadi?.. apakah salahnya?.. di manakah silap?..
Read the rest of this entry »
Permalink
April 20, 2007 at 12:22 pm
· Filed under Peringatan.., Tazkirah
kesyumulan islam.. kalau kita bandingkan islam yang diamalkan oleh masyarakat sekarang.. nampak sangat jauh perbezaannya dengan apa yang telah dikhabarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.. islam pada zaman rasulullah dan para sahabat serta salafus soleh dulu sangat-sangat ”pure”.. islamnya suci putih bersih.. tiada satu pun tompok hitam yang mengotori islam itu… tidak seperti sekarang.. islam dicampuradukkan.. apa yang rasa sesuai dengan kita, kita ambil.. yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, kita buang.. islam kita dipandu oleh akal dan nafsu.. bukan wahyu… moga dapat difikir-fikirkan kembali…
Read the rest of this entry »
Permalink
April 17, 2007 at 4:19 pm
· Filed under Peringatan.., Tazkirah
sirah adalah sangat penting.. kalau kita lihat semula.. al-Quran dan as-Sunnah tu dilandaskan kepada sirah nabi.. kalau tidak ada sirah, tidak adalah dua ini.. sirah nabi hubungkaitnya dengan dua ni sangat penting.. kalau kita lihat al-Quran.. terdapat sebab penurunan.. asbabul nuzul.. berdasarkan keadaan.. masa.. semuanya ada peristiwa-peristiwanya.. begitu juga dengan as-sunnah.. hadith yakni sabda-sabda rasulullah.. perlakuan yang nabi lakukan.. as-sunnah namenya.. hatta ikrar atau diamnya nabi terhadapa sesuatu, itu juga sunnah.. itu semua mengenai nabi.. perkataan, perbuatan, ikrar, semua yang nabi lakukan.. kiranya.. sirah adalah dasarnya.. maka.. untuk lebih mendalami al-Quran dan as-Sunnah ada baiknya untuk kita mengetahui dan mendalami sirah.. supaya kita dapat menghayati keadaannya.. supaya dapat kita hayati bagaimana ayat itu diturunkan dan mengapa ia memberi kesan yang sangat kuat kepada orang arab pada masa itu.. kita.. kalau kita baca.. pastinya begini..”ala.. biasalah tu.. baca..” kadang seperti pembaca berita.. sudahlah monotone.. tidak ada emosi.. membaca begitu saja.. jika ayat yang Allah menggunakan nada keras, nada marah pun kita baca berlagu yang sedap-sedap.. lagu lembut-lembut yang mendayu.. tidak salah melagukan untuk sedapt dibaca.. memang digalakkan pun.. tetapi kan lebih elok jika maknanya dapat difahami juga.. dalam ayat itu sebenarnya Allah marah.. tidak salah untuk membaca dengan sedap telinga mendengar.. tapi eloknya kita fahamkan juga apa yang dibacakan.. sebab itulah memahami itu lebih penting dari sekadar membaca.. tetapi bukanlah mengatakan tidak perlu baca.. baca tu bagus.. sainstifik pun buktikan.. tetapi memahami itu patut diutamakan juga.. kita lihat sheikh masyaari rashid al-faasy, sheikh saad al-ghamidi, semua qari yang lain.. semasa sedang membaca tib-tiba sahaja teresak-esak menangis.. mereka faham apa yang dibacakan.. tapi kita.. kita faham lain sangat dari orang arab.. arab itu bahasanya indah dan luas.. mendalam maknernya.. mereka zaman dulu.. ayat mudah sahaja.. tetapi mampu bawa kepada peperangan.. sebab apa?.. sebab mereka faham apa yang dibawa oleh ayat itu.. apa yang dibahaskan dalam ayat itu..
Read the rest of this entry »
Permalink
April 17, 2007 at 12:58 pm
· Filed under Peringatan.., Tazkirah
Permalink
April 14, 2007 at 8:34 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
Lelaki soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong ke arah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.
Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan Rasul-Nya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.
Read the rest of this entry »
Permalink
April 14, 2007 at 6:43 am
· Filed under Monolog/Dialog, Peringatan..
Hari demi hari,
Langkah disusun di sisi,
Dengan harapan dapat di isi,
Tapi dengan apakah perlu dipenuhi,
Adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati,
Atau dengan panduan wahyu-Nya agar diri diredhai.
Read the rest of this entry »
Permalink
April 13, 2007 at 8:08 pm
· Filed under Artikel/Cerpen, Peringatan..
- diambil daripada blog Mutiara Hati dalam entri Perbuatan maksiat lemahkan kekuatan hati -
MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.
Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.
Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”
Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”
Read the rest of this entry »
Permalink
April 13, 2007 at 1:50 pm
· Filed under Peringatan.., Tazkirah
ukhwah.. datang dari huruf ‘kha” dalam arab.. kha itu kalau kita selami.. makhrajnya terletak di pangkal leher.. pangkal.. maknanya.. ukhwah itu juga harus begitu.. dari dalam diri.. tautan hati.. insyaAllah.. ukhwah sesama rakan.. sahabat.. ada terdapat hadith yang agak mashyur di kalangan kita.. iaitu..
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”
(Hadith Riwayat Muttafaqun ’Alaih) Read the rest of this entry »
Permalink
April 12, 2007 at 2:07 am
· Filed under Nasyid/Syair, Peringatan..
Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.
Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.
Semua itu haruslah berasal dari hati anda.
Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula.
Read the rest of this entry »
Permalink
April 10, 2007 at 12:22 pm
· Filed under Peringatan.., Tazkirah
kepentingan muhasabah diri… iman manusia itu turun naek.. yazid wa yankus.. maka perhitungkanlah diri sebelum nanti kita dihitung di akhirat kelak.. yang mana di hari itu tiada yang dapat dikembalikan melainkan penyesalan semata-mata.. pada hari itulah seluruh yang tidak mendapat syafaat menyesal dengan sesalan yang amat sangat.. kemudian dalam mengingatkan mengenai muhasabah.. kita harus bersyukur sentiasa.. senantiasa.. dalam setiap perkara kita lakukan kalau difikirkan semula.. adakah boleh bagi kita untuk melakukan segala yang kita lakukan sekarang jikalau tiada nikmat Allah ini.. alhamdulillah kita diberi nikmat.. dan nikmat terbesar adalah nikmat Iman dan Islam.. islam itu sendiri… alhamdulillah kita dilahirkan dalam perut seorang muslimah.. terima kaseh ummi.. apakah yang terjadi sekiranya roh kita ditiupkan di dalam rumah jiran sebelah.. orang non-muslim.. adakah kesudahan kita nanti.. suatu yang tidak mahu kita fikirkan.. jauh sungguh natijah (keputusan akhir) orang muslim berbanding dengan non-muslim… oleh itu.. bersyukurlah di atas nikmat yg terbesar itu..
kemudian.. fikirkan nikmat yang kecil yang kita ada.. antaranya anggota badan… kesihatan.. terdapat manusia yang terpaksa berjalan dengan tong gas setiap hari.. ada yang terpaksa menggunakan kerusi roda… ada yang menderita jantung berlubang.. bermacam-macam lagik.. tetapi kita yang sudah umur 20 atau 30 ini sihat walafiat.. alhamdulillah.. kite sepatut terus bersyukur kerana.. terdapat satu lagi.. kita dikurniakan akal fikiran yang bagus.. dan baik… sehingga dapat sampai sini.. lihat sahaja di malaysia.. ada saja orang yang gagal upsr.. pmr pun ada.. spm tidak perlu kita ceritakan.. ramai.. sebab itulah kita perlu bersyukur… setiap masa.. ini baru nikmat kecil.. kalau yang kecil pun kita abaikan… yang besar.. mungkin kita pandang endah tak endah sahaja.. na’uzubillahi min zalik..
penghijrahan kita.. kita ini berhijarah untuk belajar beberapa bulan sahaja.. bukan tahun pun.. datang bulan dalam bulan februari.. bulan disember sudah pulang semula.. sekejap sahaja.. bayangkan bagaimana hijrah rasulullah dahulu.. amat payah.. sangat susah.. menuntut ketabahan dan kecekalan yang sangat tinggi.. meninggalkan segala-galanya.. mereka berhijrah secara senyap-senyap.. tidak mungkin bagi mereka untuk dapat membawa banyak barangan.. malahan.. saidina abu bakar.. meniggalkan isterinya.. jika tidak silap.. tidak diketahui apakah kesudahan cerita isterinya.. kerana tidak diceritakan dalam sirah.. mati hidupnya pun kite tidak tahu.. tapi demi agama.. para sahabah semua berhijrah.. terlampau besar pengorbanan mereka kalau hendak dibandingkan dengan kita.. sebab itulah kita perlu bersyukur…
berkawanlah dengan orang-orang yang baik.. katanya.. seseorang itu dicermin oleh kawannya.. kalau baik kawannya maka baik jugalah dia.. begitu jugak sebaliknya.. dalam satu hadith kalo tidak silap.. rasulullah bersabda.. yang mafhumnya lebih kurang begini.. kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi, kita sedikit sebanyak akan mendapat bau wanginya.. kalau kita berkawan dengan tukang besi… jika tidak terbakar baju kita paling kurang kita akan terasa bahangnya.. begitulah kalau kita berkawan dengan orang yang tidak mengikut islam.. membuat kejahatan.. kita jugak akan sedikit sebanyak terikut… pilihlah kawan dengan betul.. insyaAllah bahagia..
walaupun pendek dan singkat.. tapi moga diambil manfaat..
Permalink
April 9, 2007 at 8:17 pm
· Filed under Peringatan.., Tazkirah
islam dan selain islam.. Allah menyediakan hanya dua jalan.. kalau kita lihat dalam surah as-Syams.. Allah bersumpah sehingga 7 kali.. mengikut ilmu al-Quran.. perkara selepas sumpahan merupakan perkara penting.. dalam surah ni Allah bersumpah sehingga 7 kali.. menunjukkan betapa pentingnye perkara ini.. selepas bersumpah sebanyak 7 kali, Allah memberitahu kepada manusia.. ada dua jalan.. berjayalah orang yg mngikut jalan kebajikan yang mana membersihkan jiwanya.. dan rugilah orang yg mengotori jiwanya yang mana mengikut jalan kejahatan.. oleh itu, hanya ada dua jalan sahaja.. kita hanya ada dua jalan untuk dipilih.. islam.. atau selain islam.. tiada yang di pertengahan..
“Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari, demi bulan apabila mengirinya, demi siang apabila menampakkannya, demi malam apabila menutupinya (gelap gelita), demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan), demi bumi serta hamparannya, demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
(Surah as-Syams [91] : 1-10)
hidup ni bagaikan dua titik.. titik pertama, titik mulanya kita hidup.. titik kedua, titik saat kematian kita.. diletakkan titik itu pada satu jarak tertentu.. sekarang, persoalkan berapa banyak jalan untuk menuju dari satu titik itu ke satu titik yg lain.. satu? dua? sepuluh?.. tidak.. infiniti.. seorang itu boleh berpusing-pusing dan akhirnya sampai juga ke titik yang satu lagi.. dia juga boleh pergi menjauhi titik yang satu lagi tetapi akhirnya akan sampai juga ke titik yang satu lagi.. oleh itu, apa yang patut kita fikirkan di sini?.. kite patut tanya kepada diri kita.. jalan mana yang pantas dan cepat serta mudah.. supaya kita tidak terbelok-belok.. tidak sesat.. tidak jatuh tersungkur sebelum tiba di destinasi.. dan pastinya.. ianya adalah jalan yg lurus.. shirathal mustaqim.. kita berdoa sekurang-kurangnya 17 kali sehari kepada Allah dapat al-Fatiha kita.. tunjukkan aku jalan yang lurus.. jalan orang- orang yang Kau redhai.. orang-orang yang Kau berikan nikmat.. dan bukan pula jalan-jalan orang yg sesat.. jalan-jalan orang yg Kau murkai… kita berdoa tiap-tiap hari.. untuk memperoleh jalan yang lurus.. kerana jalan yg lurus itu ialah islam..
Allah telah mencipta banyak bukti untuk menunjukkan islam itu jalan yang patut kita ikut.. Allah telah memberikan al-Quran dan hadith sebagai dalil naqli.. Allah ciptakan segala kejadiaan demi menjadikannya dalil ‘aqli untuk kita.. namun kita.. kita yang tidak berfikir.. Allah berfirman dalam al-Quran.. berjayalah orang-orang yang berfikir.. hal ini kerana, jika kita berfikir, pastinya kita akan nampak keEsaan Allah S.W.T.. dia Maha Kuasa menciptakan semuanya.. cukuplah sekadar pandang pada diri kita, itu pun sudah melampau nikmatnya.. diceritakan pada zaman dahulu ade seorang ‘abid yg meng’uzlahkan (menyendiri) dirinya di sebuah pulau di mana tiada orang di situ.. hidupnya tidak tidur dan makan tanpa beribadah.. ertinyer hidupnya hanyalah beramal dari saat dia hidup sehingga dia mati.. dan tiba di hari pembalasan.. Allah memasukkan dia ke dalam syurga dengan rahmat Allah.. dengan redha Allah.. lalu sebelum masuk ke syurga dia berhenti.. dia bertanya.. “aku dimasukkan kerana rahmatMu ya Allah, bagaimana dengan amal ibadat ku? aku berzikir dan solat siang dan malam tanpa henti memujamu, bagaimanakah dengan amalan-amalan itu?..” kemudian Allah menyuruh malaikat mengambil penimbang.. lalu letakkan seluruh amalannyer sejak dari kecil hingga mati.. kemudia Allah mengarahkan, hanya letakkan sebiji mata pada timbangan sebelah.. maka diletakkan malaikat sebiji mata nya.. dengan cepat sekali, timbangan itu menunjukkan keputusan.. mata jauh melebihi berat amalan ‘abid td.. lalu dia hendak dicampakkan ke neraka.. kemudian dia meminta rahmat Allah sekali lagi.. lalu diberikan oleh Allah.. dia kembali ke syurga.. pokoknya.. masuknya manusia itu ke dalam syurga dengan rahmat Allah.. maka hidup di atas muka bumi ini perlulah mencari redha Allah.. begitu banyak sekali jalan untuk mengenal Allah.. diciptakan pelbagai bukti untuk kita kenal Allah lalu beramal dengan apa yang telah diajarkan… Islam itu satu cara hidup.. kita mampu beribadah dari setiap genap amalan kita..
insyaAllah.. moga bermanfaat sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sekalian yang lainnya.. insyaAllah.. Allahu a’lam..
Permalink